世界之大

世界之大

Saturday, September 24, 2011

Program Anak Angkat BIG Fasa IV 2011



BIG(Bina Insan Guru) Program Anak Angkat Fasa IV  seramai 75 guru pelatih telah dijalankan di Kampung Baharu Penerok,Pontian Johor. BIG pada kali ini sememangnya memberi manfaat dan kenangan yang amat manis bagi saya.Antara aktiviti yang telahpun kami jalankan ialah:


Melukis Mural



Kami telah mengambil masa selama dua hari untuk menyiapkan mural yang amat hidup ini.Ah Keat juga telah banyak menyumbangkan jasa terhadap mural ini kerana lakaran adalah dibuat oleh dia.Apa yang amat berbangga kepada saya ialah saya juga amat berbakat dalam mewarnakan lukisan.Watak Melayu yang berada di tengah mural ini merupakan hasil kerja saya!haha~


Membuat Ketupat




Kami berpeluang untuk menpelajari cara dan teknik untuk melipat ketupat.Bentuk ketupat nampaknya simple dari segi bentuknya tetapinya amat memerlukan kecergasan otot tangan dan jari untuk menghasilkan lipatan ketupat yang cantik serta berkualiti.Oleh kerana hari sebelum membuat ketupat,ayah angkat aku telah mengajar saya serba sedikit tentang teknik asas,maka dengan adanya asas teknik,saya telah berjaya mempelajari pelbagai bentuk dan lipatan ketupat iaitu ketupat bawang,ketupat diamond,ketupat satay dan ketupat katak.

Saya juga mendapati cara-cara mengisikan beras dalam ketupat dengan kandung 1/3 dari bentuk ketupat.Tempoh masak ketupat yang berbilangan besar ini ialah 4 jam.Apabila merasai ketupat hasil tangan kami semua ini,saya berasa sangat berbangga kerana dapat memperolehi ilmu penetahuan yang berbagai ini. 




Membakar Lemang




Semasa menjalani BIG ini,saya juga berpeluang didedahkan cara membuat lemang.Saya mendapati lemang merupakan hasil tempatan yang unik dari Negeri Sembilan.Haha.Sebagai orang N9 saya pun tidak tahu Lemang yang membanggakan N9 ini.Ketua Jabatan HEP En Rouslirudin merupakan orang yang berasal dari N9.Di bawah bimbingan dan tunjuk ajar beliau,kami berpeluang menyaksikan proses penghasilan lemang yang enak sehinggalah saya baru dapat merasai seketul lemang sahaja.

Melalui proses menghasilkan Lemang ini,saya amat mengakumi daya usaha YDP kami iaitu Mohd Faiz.Beliau tidak menarikan diri daripada proses pembakaran Lemang yang serba panas dan makan masa selama 4 jam.Beliau dikehendaki untuk sentiasa menjaga keadaan api dan memusingkan buluh suyanya megelakkan Lemang hangus.Beliau memang merupakan YDP yang sudi berkorban. 



Tarian India Ussumu Laresey



Pada malam kebudayaan,setiap kelas kami dikehendaki mempersembahkan sebuah persembahan bagi menghiburkan susana malam kebudayaan.Kelas kami telah menerima cabaran dengan memilih tarian India sebagai tema kami dalam persembaan.

Melalui latihan yang kerap dan usaha yang gigih daripada kami semua,kami telah berjaya mempersembahkan sebuah tarian India yang menarik.Walaupun dalam persembahan tersebut terdapat kesalahan dan ketidakseragaman tetapi hal ini sememangnya memberi kenangan manis yang tidak terhingga kepada kami semua. 

Lewang
 Lewang telah dijalankan pada hari terakhir BIG,walaupun saya tidak berpeluang mengambil bahagian yang sepenuhnya dalam masakan tetapi saya masih berpeluang membuat kacau di dapur.


AJK Cederahati dan Hadiah
Bagi menjayakan program ini,kami telah melantik jawatankuasa,saya ditempatkan sebagai AJK cenderahati.Walaupun nampaknya kerja senang kepada kami,tetapi perubahan dan ketidakpastian daripada pihak atasan telah banyak menyusahkan jalan kerja kami untuk menjalankan tugas.Baju T-shirt di bawah merupakan baju En Rouslirudin yang bersaiz 6XL,oder baju yang last minute hari sebelum BIG amat amat mencabar kepada kami untuk memperolehi. 



Saya,Yaya,dan Jojo telah dipilih oleh abah angkat dan Mama Angkat sebelum BIG dijalankan.Kami telah disanjung dengan kemesraan dan keikhlasan daripada keluarga Osman Bin Ahmad dan Hadijah Binti Sulaiman bersertaan dengan anak dara mereka Nurul Nazwa Bt Osman.

Selama 3 hari 2 malam di keluarga mesra ini,saya berpeluang merasai cara dan adab hidup Melayu dalam kampung kecil ini.Pada hari terakhir sebelum meninggalkan rumah ini,abah angkat telah berjanji dengan kami akan menjahit baju raya bagi setiap kami,mama angkat telha menghadiahkan saya sehelai baju kurung dan kain batik bersertaan dengan 2 bungkusan keropok.Usaha mereka terhadap kami mengharukan saya dan membuat saya terharu semasa Majlis perpisahan.







 Inilah Gambar Keluarga Angkat saya.Ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka yang meniggalkan kenangan manis kepada saya.




Gambar Keluarga Angkat saya

Gambar Keluarga Angkat saya

No comments:

Post a Comment