世界之大

世界之大

Friday, July 15, 2011

Kursus Pergigian IPG Kampus Tun Hussein Onn

          Kebelakangan ini,kampus kami telah mengadakan Kursus Pergigian khas untuk pelajar semester 4.Kami telah dikecualikan daripada kuliah untuk menghadirkan diri selama dua hari.


          Walaupun kursus ini nampaknya terlalu kecil untuk dewasa seperti kami,tetapi melalui pameran dan ceramah,saya telah menperolehi bangyak pengetahuan dan infomasi yang selama ini saya tidak ketahui.Rupa-rupanya cara gosok gigi menpuyai teknik-tekni tertentu untuk mengelak plak gigi dan kerosakan gigi.Selain itu,saya juga mendapati cara dan langkah-langkah menghasilkan gigi palsu.Saya juga memahami stuktur gigi kita apabila memalui peringkat gigi susu  kepada peringkat gigi kekal!Oh,rupa-rupanya~



           Sepanjang kursus ini,kami juga berpeluang belajar gosok gigi dengan mengosok gigi di tepi longkang.Nampaknya seronok kerana hal ini hanya akan berlaku semasa kami bersekolah di sekolah rendah.Saya amat berseronok dalam sesi mengosok gigi ini.Kelakar betul.



          Pada hari kedua,kami pun menjalankan pembentangan RPH kami tentang pengajaran gigi.Saya mewakili kelas untuk menjalankan microteaching.Walaupun kelas kami tidak menang dalam pertandingan ini,tetapi saya berasa berpuas hati kerana berpeluang untuk mendapatkan pengalaman mengajar di depan ramai.


          Gigi,amat penting kepada kita.Jadi,jagalah gigi kita dengan sebaik-baiknya sebelum jadi “boge”,nanti “boge jiak tauge”.Haha~

No comments:

Post a Comment